1958 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago

asked on Mar 23, 2019 at 08:40
by  

edited on Apr 10, 2019 at 21:59
 

Mohon pandangan dan nasihat:

Saya ada beberapa credit card dan bank akaun. Bermula dari tahun lepas akaun saving CIMB saya telah dibatalkan tanpa diketahui sebabnya. Apabila saya hubungi customer servis mereka tidak dapat bagi jawapan dan meminta saya ke bank.

Saya tidak melihat sebagai penting kerana akaun berkenaan hanyalah akaun saving biasa sahaja tetapi ada beberapa transaksi yang saya terima dari luar negara bg pihak kawan saya untuk belanja perubatan dan sara hidup dari keluarganya.

Akhir tahun 2018 satu demi satu credit card saya telah ditutup tanpa alasan apabila saya bertanya jawapan mereka:

Disember 2018
Credit Card Ambank: Terima surat dari compliance department bila minta penjelasan non compliance apa yang telah saya buat sampai sekarang tiada jawapan.

Januari 2019
Credit Card Citibank:
Kali pertama tanya alasan penutupan akaun customer servis tidak dapat jelaskan tetapi minta saya semak CCRIS dengan Bank Negara Malaysia. Saya semak dan tiada satu pun outstanding samada pinjaman atau kredit kad saya. Saya kembali menelefon CitiBank dan kali ini jawapannya akaun ditutup atas review management.

Mac 2018
Credit card UOB bank di batalkan, bila tanya customer servis tiada penjelasan. Saya pergi sendiri ke UOB bank dan pegawai di khidmat pelanggan tiada jawapan tetapi memberi komen bahawa kemungkinan akaun bank saya yang lain juga akan ditutup satu persatu. Pegawai berkenaan cadangkan saya buat aduan ke Bank Negara.
Saya telah emel ke Bank Negara Malaysia (BNM) dan BNM memaklumkan akan memanjang kepada bank yang terlibat.

20 Mac 2019 Kad ATM Bank Rakyat kena rejek bila saya hendak keluarkan duit. Saya akan ke Bank Rakyat minggu depan utk tahu details.

Akaun yang masih ada dengan saya adalah Hong Leong bank iaitu current akaun kredit kad, pinjaman rumah dan kenderaan dan akaun Maybank iaitu akaun gaji dan kredit kad saya.

Saya sangat risau jika penutupan yang sama berlaku ke akaun Maybank dan Hong Leong saya. Saya buntu apa yang harus saya buat untuk memastikan akaun Maybank dan Hong Leong tidak tutup.

Dalam penghujung usia dan servis saya cuba untuk tidak hadapi masalah dengan bank supaya boleh bersara dgn tenang.

saya bercadang untuk ke CIMB untuk tutup akaun saving secara rasmi dan mungkin bertanya sebab akaun berkenaan ditutup dan saya percaya CIMB adalah wabak yang membawa kepada penutupan akaun saya yang lain.

Adakah saya perlu hadir ke Maybank dan Hongleong juga dan apa yang boleh saya maklumkan kepada kedua bank berkenaan supaya tidak menutup akaun saya.

Mohon nasihat tuan/puan kerana saya sangat risau. Dalam keadaan sekarang saya dihukum tanpa tahu kesalahan.

Terima kasih.

0 had this question

Me Too


answered on Mar 23, 2019 at 10:18
by  

edited Apr 10, 2019 at 22:15
 

@123han

The answer you seek can be found here:

ANTI-MONEY LAUNDERING AND ANTI-TERRORISM FINANCING (AMENDMENT) ACT 2014 [Act A1467]

The housing and car loan are secured and transparent loans, hence Bank Negara Malaysia will not carry out any actions against these accounts as well as your salary account as a government servant.

There is no concrete evidence that your many other banking accounts have been severely abused, so the only option is the cut off all other non-transparent banking accounrs.

saya terima dari luar negara bg pihak kawan saya untuk belanja perubatan dan sara hidup dari keluarganya.
Why your friend does not have his/her own banking accounts?
There are many methods of remitting money over the internet.
Some countries (Financial Services) could have raised the alarm that money has been remitted illegally into Malaysia, not necessary from Bank Negara Malaysia (BNM). 3 years ago, one remittance agency was given restricted ban on transfer of moneys between Malaysia and Thailand although the restriction was lifted last year (unofficially).

Did you declare this financial transaction in your tax returns?

1 found this helpful

Helpful


answered on Mar 26, 2019 at 01:59
by  

edited Apr 10, 2019 at 22:42
 

@jeff005, terima kasih atas pandangan tuan.

Kawan saya adalah foreigner... tidak mempunyai bank akaun dan saya tidak mengetahui mengenai haram atau menjadi kesalahan untuk saya menerima wang berkenaan melalui akaun bank saya. Sekadar membantu untuk membayar sara hidup dan bil hemodalisis beliau di Malaysia. Bagaimanapun perkara tersebut berlaku beberapa transaksi sahaja pada tahun 2017 or awal 2018.

Saya juga tidak pernah declare kepada income tax kerana pada pandangan saya ianya bukan pendapatan saya.

0 found this helpful

Helpful


answered on Mar 26, 2019 at 06:55
by  

jebat

edited Apr 10, 2019 at 22:49
 

ada beberapa transaksi yang saya terima dari luar negara bagi pihak kawan saya untuk belanja perubatan dan sara hidup dari keluarganya.

Berapakah amaun yang diterima dari luar negara?
Adakah bank memberi Notis Anti-Money Laundering Act (AMLA) meminta maklumat tentang transaksi-transaksi tersebut?

0 found this helpful

Helpful


answered on Mar 27, 2019 at 18:53
by  

edited Apr 10, 2019 at 22:52
 

@jebat

Terima kasih tuan Jebat atas maklumbalas tuan.

Berapakah amaun yang diterima dari luar negara?
Seingat saya dalam RM47,000 sebanyak 5 atau 4 kali transaksi kerana saya tidak dapat akses kepada CIMB click lagi.

Adakah bank memberi Notis Anti-Money Laundering Act (AMLA) meminta maklumat tentang transaksi-transaksi tersebut?
Tiada sebarang notis diterima oleh saya dari CIMB.

0 found this helpful

Helpful


answered on Mar 28, 2019 at 20:29
by  

edited Apr 10, 2019 at 22:56
 

Saya telah komplen melalui Bank Negara dan komplen berkenaan telah panjangkan kepada bank yang terbabit dimana mereka perlu menjawab kepada komplen tersebut. Lepas komplen di terima baru lah sibuk Ambank, UOB dan Citibank call saya.

Ambank maklumkan akan hantar maklumbalas bahawa keputusan dibuat atas review bank tanpa dapat maklumkan sebab terperinci pembatalan akaun saya.

Maknanya ambank masih tidak menjawab komplen saya, bagaimanapun surat rasmi saya belum terima. Yang paling penting dan utama saya perlu tahu sebab akaun kredit saya dibatalkan walaupun saya tidak heran sangat mengenai kemudahan kredit kad tersebut.
UOB bank dengan lemah lembutnya call saya memaklumkan cash on call saya boleh diteruskan tanpa perlu bayar lump sum.

Apa pandangan dan nasihat tuan/puan?

0 found this helpful

Helpful




Write us

Find us at the office

Zawodniak- Bushar street no. 43, 41415 Nouakchott, Mauritania

Give us a ring

Janeicia Dischner
+77 583 658 542
Mon - Fri, 10:00-15:00

Tell us about you